Maklumat

Home > Maklumat

Kompleks PKNS Shah Alam merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terkenal dan popular di kalangan penduduk bandaraya Shah Alam dan sekitarnya. Setiap hujung minggu, ribuan pengunjung dari jauh dan dekat akan menuju ke Kompleks PKNS Shah Alam bersama-sama keluarga mereka dan sahabat handai untuk bersantai dan bersuka-ria. Sebagai pusat membeli-belah pertama di Shah Alam, kompleks tersebut masih berjaya mengekalkan posisinya sebagai salah satu destinasti yang harus dilawati.

Kompleks PKNS Shah Alam menawarkan suasana membeli-belah yang menyeronokkan dan juga mesra bajet. Ia merupakan satu destinasi yang sinonim dengan busana fesyen Muslimah dan fesyen terkini. Di tingkat 1, terdapat banyak butik-butik yang menjual baju siap (ready-made), kedai yang menjual barangan kelengkapan untuk Haji dan Umrah, dan kedai-kedai yang menerima tempahan jahitan baju melayu dan wanita. Untuk pasangan yang inginkan kelengkapan yang unik dan eksklusif, terdapat juga busana yang menyediakan servis pereka pakaian perkahwinan yang bermutu tinggi. Di tingkat bawah pula, terdapat beberapa restoran yang menyediakan pelbagai jenis juadah tempatan dan antarabangsa untuk santapan setelah penat membeli-belah.

Suasana Kompleks PKNS Shah Alam akan menjadi paling meriah semasa bulan Ramadhan terutamanya seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Terdapat sebuah bazaar istimewa yang menyediakan gerai-gerai yang menjual dan menawarkan setiap barangan keperluan hari lebaran dengan harga yang berpatutan. Para pengunjung juga boleh tawar-menawar untuk mendapatkan harga terbaik. Selain daripada itu, terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan tradisi seperti rendang dan serunding, serta makanan untuk berbuka puasa yang hanya boleh didapati semasa bulan puasa.

Kompleks PKNS Shah Alam akan terus menjadi tumpuan orang ramai yang inginkan kepelbagaian dan juga harga yang lebih berpatutan.

©2015 Kompleks PKNS Shah Alam. Hakcipta Terpelihara

 wholesale jerseys