SHAH ALAM, 2 JAN: Seramai 20 peserta menyertai pertandingan Azan dan Musabaqah Al-Quran bersempena Sambutan Maulidul Rasul anjuran PKNS Real Estate.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate, Sr Fakru Radzi Ab Ghani, berkata, program itu diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam pada 26 Disember lalu.

pknsre“Peserta yang menyertai pertandingan itu merangkumi pelbagai peringkat umur dewasa dan kanak-kanak.

“Saya berhasrat untuk menambah baik program ini agar dapat diadakan diteruskan pada tahun akan datang bersempena dengan Festival Ramadan (FESTIRA),” katanya dalam kenyataan.

Turut hadir Pemenang qariah Peringkat Kebangsaan, Siti Husnaa Hassan memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran disamping menjadi juri untuk pertandingan itu.

Sementara itu, turut diadakan juga Pertandingan Mewarna anjuran Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Shah Alam yang melibatkan seramai 20 peserta cilik sebagai sebahagian daripada Program ‘Year End Sale & Back to School’.

Yang lebih menarik terdapat juga jualan lelongan untuk tarikan pengunjung khususnya kaum wanita yang diadakan setiap minggu pada hari Jumaat bermula jam 12.30 hingga 2.30 petang di pentas utama Atria Warisan.